RSS Feed

Resepi Masakan Gulai Kawah/Gulai Kampung

0

March 14, 2012 by admin

Apa perbezaan Gulai kawah dan Gulai Kampung?

Gulai kawah lebih banyak di gunakan dalam majilis- majlis perkawinan dan gulai kampung pula di gunakan dalam kuantiti yang kecil seperti makan untuk  sekeluarga



Rempah Gulai Kawah

100 GM REMPAH PAYANG

RESEPI GULAI KAWAH 3 KG

@   Daging   @   Ayam   @   Tulang

BAHAN BAHAN A DIKISAR

  • 300 gm bawang merah
  • 150 gm bawang putih
  • 100 gm halia
  • 400 gm cili kering atau cili boo

BAHAN BAHAN B

  • 3 kg daging
  • 100 gm rempah gulai kawah cap payang
  • 1kg ubi kentang
  • ¼ manisan / 3 sudu gula
  • 8 sudu besar kerisik ( di gaul bersama daging/ayam/tulang )
  • rempah penumis 4 beradik
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit belacan
  • garam dan perasa secukup rasa

CARA CARA MEMBUATNYA

  • Panaskan minyak
  • Tumis rempah penimis 4 beradik hingga naik aroma
  • Masukan bahan A dan kacau hingga garing
  • Masukan air asam jawa , belacan dan manisan kacau hingga sebati
  • Masukan daging / ayam / tulang yang telah digaul bersama kerisik masak hingga empuk.
  • Masukan ubi kentang dan santan tunggu hingga mendidih
  • Masukan garam dan serbuk perasa

0 comments »

You must be logged in to post a comment.